Kesegaran dan minda positif mampu menambahkan semangat bagi
melakukan tugasan seharian.
Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di
pagi hari adalah:
1.
Bersyukur
Bersyukur kerana anda masih diberi
nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan
Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan untuki melakukan dan
menjadi yang terbaik; pastinya lebih baik daripada yang semalam.
2.
Tekad Bermotivasi
Ucapkan dalam hati dan kepada diri
yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi
sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper,
baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Hal
ini kerana ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi
sepanjang hari.
3.
Tingkatkan Motivasi
Diri Dengan Mencari Motivasi Terbaik
Motivasi harus dijaga. Sekiranya ia
tidak dipelihara, ia akan menjadikan kita tidak bersemangat.
4.
Mulakan Dengan
Bismillah
Mulakan setiap tugasan yang ingin
dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan
syaitan dan perasaan was-was.
5.
Mulakan hari dengan
ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.
6.
Maafkan Semua Orang
Sebelum dan selepas bangun daripada
tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala
kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram
apabila kita memaafkan insan lain.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar